KRAFTANGAN DI SABAH
Di Malaysia, Sabah merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik dengan adanya pelbagai jenis tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
Antara tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong adalah pulau-pulau yang berdekatan dengan daerah Semporna iaitu Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan sebagainya.
Selain daripada pulau yang terdapat di Sabah terdapat banyak lagi tempat yang sangat menarik untuk dilawati oleh sesiapa sahaja sama ada di Semporna. Kota Kinabalu. Kundasang, Lahad Datu, Sandakan, Tanjung Simpang Mengayau dan banyak lagi.
Kraftangan di Sabah ini berbeza dengan kraftangan-kraftangan di negeri lain kerana kebanyakan pembuatannya berunsurkan hidupan laut dan alam semulajadi.
Justeru itu, pelancong-pelancong yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kraftangan-kraftangan yang dijual disini. mereka juga diberi layanan yang sangat memuaskan hati oleh penjual dan kadangkala diberi harga yang sangat murah oleh penjual-penjual kraftangan itu.
Tidak rugilah bagi pengunjung yang ingin melancong di negeri di bawah bayu ini kerana pelbagai faktor tarikan yang sangat memberi kepuasan kepada para pengunjung dan terutamanya keunikan kraftangan ini.Berikut adalah contoh-contoh kraftangan :

Contoh 1
Nyiru
Untuk bahagian kraftangan di rumah kali ini, saya akan memperkenalkan 2 alatan yang sering terdapat di rumah kediaman Dusun Kimaragang.
Saab (kanan), Rilibu/Rolibu (kiri)
Pernah nampak?
Mungkin juga dalam bahasa melayu kedua-duanya dipanggil Nyiru tetapi dibezakan dengan nyiru bulat atau nyiru bujur. Bagi orang Kimaragang, nyiru yang bulat dipanggil Saab dan Rilibu bagi yang bujur. Kegunaanya juga hampir sama tetapi masih ada bezanya. Kedua-duanya digunakan untuk “mangatap” atau dalam bahasa melayunya menampi padi. Tetapi biasanya, apa yang selalu saya aplikasikan, saab akan digunakan untuk “mangatap” padi yang baru dituai dan telah dipisahkan dari tangkainya dan bertujuan untuk mengasingkan biji padi yang berisi dengan yang kosong. Rilibu pula sesuai digunakan untuk “mangatap” beras yang telah diproses (ditumbuk menggunakan lesung dan kayu penumbuk atau digiling) untuk mengasingkan hampas-hampas kulit padi atau “tapol”. Selain itu, rilibu juga sering digunakan untuk kerja “meniri” oleh orang Kimaragang. Proses meniri ini adalah proses mengasingkan beras dengan biji-biji padi yang tidak lumat selepas menumbuk padi. Proses meniri memerlukan kemahiran yang tinggi. Biasanya, dalam proses ini, beras akan dipaksa untuk berada di depan rilibu dan biji-biji padi pula akan ke belakang rilibu melalui gerakan -kiri, tengah dan kanan-. Proses meniri yang mengambil masa 15 minit, atau juga 30 minit (bergantung kepada kemahiran individu dan jumlah beras dalam rilibu) dan akan menghasilkan irama yang mengasyikkan.

Contoh 2
SIRUNG
Kraftangan di rumah kediaman Dusun Kimaragang kali ini akan membawakan tentang Sirung (Conical hat). Sirung diperbuat daripada rotan dan seperti juga alatan atau kraftangan yang lain memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menghasilkannya.
Pelbagai aneka Sirung.miyllers.blogspot.com
Sirung, pada zaman kanak-kanak saya, hanyalah berwarna kosong, tetapi kini sudah pelbagai. Sepanjang pengalaman saya, sirung ini digunakan oleh masyarakat Dusun Kimaragang sebagai alat untuk melindungi kepala daripada terik matahari ketika pergi “mongumo”- bekerja atau bercucuk tanam di ladang atau kebun. Boleh dikatakan, sirung ini sama fungsinya dengan topi yang ada pada masa sekarang. Selain daripada itu, sirung juga boleh dijadikan sebagai tudung saji.
Kini Sirung jarang sekali digunakan untuk ke ladang (emak saya sendiri juga sudah tidak pernah menggunakannya lagi). Sirung kini biasanya dijadikan hiasan dinding rumah.